Friday, 10 October 2014

BUDAYA KEUSAHAWANAN

Budaya keusahawanan ialah satu set nilai-nilai kepercayaan dan amalan yang dikongsi oleh sesebuah kumpulan atau organisasi. Di antara perkara-perkara yang perlu diberi penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:

  • .Mengawal hala tuju masing-masing

Setiap perniagaan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan,perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan untuk menyelia , melaksana dan  mengawal hala tuju perniagaan agar terus berkembang. Hala tuju perniagaan yang jelas akan      membolehkan usahawan untuk menoleh ke belakang jia matlamat yang ditetapkan tidak berjaya    dicapai.Hala tuju perniagaan juga akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus        memajukan perniagaan.

  • Memaksimumkan Potensi Diri

Usahawan tidak sepatutnya berpuas hati dengan pencapaian hari ini. Mereka perlu terus memaksimumkan kemahiran dn kemapuan yang mereka miliki untuk menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi.Usahawan tidak seharusnya terikat dengan kerja-kerja rutin yang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Mereka hendaklah bersedia membuat analisis pemasaran produk,kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang serta sebarang perubahan secara holistik.Usahawan perlu tahu jenis risiko yang dihadapi dan tahu strategi untuk menghadapi risiko tersebut.

  • Mendapat Keuntungan 
Walaupun keuntungan bukan objektif utama perniagaan, namun ia menjadi kayu ukur kepada kejayaan usahawan. Keuntungan yang dicapai oleh syarikat melambangkan satu kejayaan kerana keuntungan yang diperolehi membolehkan syarikat mengembangkan lagi operasi perniagaan,mengaplikasi teknologi terkini dlam pengeluaran dan membolehkannya mempromosikan produk dengan lebih agresif. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan.

  •  Berorientasikan Perancangan
 Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi usahawan menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang ditetapkan. Usahawan yang berjaya akan sentiasa memfokuska kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku.Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Oleh kerana usahawan tidak pakar dalam semua aspek sudah tentu mereka perlu melibatkan pihak yang memiliki kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki.

  • Menggunakan Masa Secara Startegik
Kejayaan usahawan banyak bergantung kepada kemampuan mereka mengurus masa secara strategik. Oleh itu, usahawan perlu pastikan setiap detik berlalunya masa disusuli dengan aktiviti untuk perkembangan syarikat. Mereka tidak hanya meletakkan nilaian emas ke atas masa tetapi hendaklah menjadikan masa sebagai sebahagian daripada kehidupan usahawan dan syarikat yang dimiliki.

  • Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merebut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan pemasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.  

No comments:

Post a Comment