Friday, 10 October 2014

PENGASAS AIR ASIA : Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes



Beliau ialah pengasas AirAsia iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes. Beliau berumur 47 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Air Asia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn. Bhd. serat Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd. Beliau berkelulusan daripada Epsom College (1977-1983), London School of Economics. 

Tonu Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn. Bhd" yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya " Semua mampu naik kapal terbang'. Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu beliau memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang nazak kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.Fernandes dikenali dalam peranan pencapaian Persetujuan Langit-langit Terbuak denagn negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan itu, negara-negara tersebut bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Pelancaran AirAsia

Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Fernandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaiki kapal terbang.

Pencapaian dan Anugerah

Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Fernandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
  • "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
  • "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
  • "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
  • "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.

No comments:

Post a Comment