Blog ini adalah berkaitan sedikit perkongsian ilmu yang saya perolehi dari pembelajaran dalam subjek BPME 2013 Kemahiran dan Gelagat Usahawan.Secara tidak langsung juga blog ini dapat membantu saya terus meminati bidang keusahawanan dan seterusnya menjadikan saya seorang usahawan yang berjaya suatu masa nanti.Inshaa Allah.. Saya harap apa yang saya kongsikan dapat membantu kawan-kawan yang singgah di blog ini. Terima kasih
Friday, 10 October 2014
BUDAYA KEUSAHAWANAN
Budaya keusahawanan ialah satu set nilai-nilai kepercayaan dan amalan yang dikongsi oleh sesebuah kumpulan atau organisasi. Di antara perkara-perkara yang perlu diberi penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:
PENGASAS YAYASAN AL-BUKHARY : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary |
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.
PENGASAS AIR ASIA : Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes
Beliau ialah pengasas AirAsia iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes. Beliau berumur 47 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Air Asia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn. Bhd. serat Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd. Beliau berkelulusan daripada Epsom College (1977-1983), London School of Economics.
Tonu Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn. Bhd" yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya " Semua mampu naik kapal terbang'. Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu beliau memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang nazak kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.Fernandes dikenali dalam peranan pencapaian Persetujuan Langit-langit Terbuak denagn negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan itu, negara-negara tersebut bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Pelancaran AirAsia
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Fernandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaiki kapal terbang.
Pencapaian dan Anugerah
Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Fernandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
- Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
- Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
- Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
- Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.
Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
- "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
- "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
- "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
- "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.
PENGASAS SENDAYU TINGGI : Puan Rozita Ibrahim
"Puan Rozita Ibrahim adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Bila membaca kisah kejayaan beliau, kita pasti akan mendapat motivasi kerana walau apa jua latar belakang kita, jika kita berusaha, pasti akan mendapat kejayaan."
“Ya Allah ya Tuhanku, aku ini sudah puas hidup susah, aku minta satu sahaja ya Allah, berikanlah aku kasih sayang, martabat yang mulia, petunjuk ke jalan yang benar dan aku ingin menjadi yang terbaik.
“Sekiranya Engkau berikan ya Allah, akan aku bantu wanita dan fakir miskin yang senasib dengan aku dahulu.”
Bagi pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.Malah sehingga kini, setiap malam ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang sama.Menurut Rozita, doa tersebut bukan bermakna beliau cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi kerana berhasrat menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik.“Saya mengaku saya bukan alim. Apa yang saya buat adalah kerana Allah. Saya pernah cuba meninggalkan janji-janji saya, tetapi jiwa saya keluh kesah,” akuinya ketika ditemui sebaik sahaja merasmikan cawangan terbarunya di Kuala Lumpur.
Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Berpegang kepada pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat" amat meninggalkan kesan yang dalam di dalam jiwanya. Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini merupakan satu kepuasan. Apa yang docapai hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Berkat ikhtiar, iktikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri, beliau mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri daripada belenggu.
Sebelum bergelar usahawan, Puan Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Ita, beliau terpaksa menempuh hidup yang peneuh dengan liku. Beliau telah berpisah dengan suamiya ketika hampir mencecah umur 40 tahun. Beliau menamatkan zaman gadisnya pada usia yang begitu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Pada usia sebegitu, beliau tidak berpeluang dalam memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya hanya dihabiskan bersama keluarga dan membantu suaminya menoreh getah. Selain itu beliau juga membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Satu tragedi pilu berlaku apabila beliau terpaksa menyara anaknya yang pada ketika itu berusia tiga bulan dengan hanya memberikan air sirap sebagai ganti epada susu. Anak kedua beliau juga pernah sakit dan lumpuh dan beliau berusaha mencari penawar dengan hanya menggunakan tumbuhan hutan tetapi anaknya lebih disayangi Allah kerana tidak mendapat rawatan terbaik.
Keputusan berpisah denhan suami pertama menyebabkandia dipulaulan oleh keluarga. Jesteru itu, dia membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jeni pekerjaan bagi menampung anak-anaknya. Beliau pernah bekerja sebagai operatot pengeluaran, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran serta pekerja di syarikat jualan langsung. Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental.Baginya, penderitaan hidup adalah 'buah tangan' termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah.
PROFAIL SYARIKAT
Diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim dengan bermodalkan sebanyak RM 400 sebagai pemulaan dengan memasarkan pproduk Enigma Beauty. Pembungkusan dan penghasilan produk dilakukan kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah dan dijual kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat. Setelah mendapat modal, beliau memulakan pengeluaran produk pelangsingan di mana beliau menggunakan diri sendiri sebagai testimoni terawal. Ia melonjakkan nama Sendayu Tinggi pada ketika itu yang merupakan antara pelopor herba terawal di Malaysia.
Kini Sendayu Tinggi memiliki lebih dari 400 jenis produk pelbagai pilihan dari herba, penjagaan wajah, tatarias diri di dalam sebuah butik ekslusif. Sendayu Tinggi mereka cipta produk termasuk dari formulasi produk, rekabentuk, idea dan pemasaran hingga kepada pengguna.
Penubuhan Sendayu Tinggi Manufacturing pada tahun 2004.
- Pada tahun 2000-2004, pengeluaran produk sendayu dilakukan oleh 2 pengilang kontrak iaitu Pollens Sdn. Bhd dan Ganoderma Nutriceuticals.
- Kini STM mampu untuk menjalankan beberapa pengeluaran yang terdiri daripada kapsulling, blistering, sacheting. STM juga dalam proses penambahan pengeluaran bagi tabletting, oil dan liquid filling.
- Pernah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan kebersihan dan lanskap terbaik seluruh Selangor anjuran MPK.
- Mendapat keputusan baik selam 3 tahun berturut-turut daripada KKM ( 2008-2010), pemmeriksaan mematuhi Amalan Pengilaangan Baik (GMO) dan di dalam proses untuk mendapatkan HACCAP dan ISO.
- Permintaan untuk melawat STM tinggi yang kebanyakkannya daripada badan kerajaan seperti PUSPITA, Puteri UMNO dan badan-badan persatuan daripada IPT.
- Pilihan bagi pelajar-[elajar lepasan universiti menjalankan latihan praktikal selam 5 bulan pada setiap tahun.
- STM menjadi lokasi penggambarn dram bersiri terbitan RTM pada tahun 2010.
Penubuhan Outlet serta Perancangan Sendayu Tinggi
- Pada tahun 2009 Sendayu Tinggi telah mula meluaskan empayar perniagaan dengan mendaftar sistem pemasaran single level kepada pelesenan sebelum francais.
- Butik Sendayu Tinggi yang pertama ialah Nusa Bestari diubuhkan pada 19 November 2009.
- Pada Ogos 2012 Sendat=yu Tinggi memiliki 27 buah outlet seluruh Malaysia dengan keahlian melebihi 50,000 orang setelah hampir 2 tahun diperkenalkan.
- Outlet sasaran seluruh Malaysia sebanyak 300 buah dan memiliki Francais di luar negara.
- Sasaran ingin menjadi satu-satunya produk bumiputera yang berkualiti serta dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Sendayu Tinggi Enter. 1998-1999
- 1997-1998 - ST ditubuhkan dan sedang menjalankan ' Research dan Trial Market' serta pendaftarn produk.
- Mula ditubuhkan pada tahun 1998 melalui Sendayu Tinggi Enterprise.
- 1999 - Lokasi pertamanya di Tingkat 3, Plaza MPK dengan keluasan pejabat kira-kira 300 kaki persegi dan di kongsi bersama salon yang membuat rawatan wajah.
- 2000 - Kemudian Sendayu Tinggi Enterprise bertukar lokasi di bangunan yang sama dengan keluasan 2000 kaki persegi dan bilangan staf meningkat menjadi 12 orang.
- 2001 - Pn. Rozita membeli bangunan yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang dan berpindah pada tahun 2002.
Antara anak syarikat Sendayu Tinggi.
- Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd
- Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd.
- St Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.
- St Advertising Agency Sdn. Bhd.
- C Max Exhibition & Promotion Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
- Jamu Ratu Malaya.
Sunday, 28 September 2014
KEUSAHAWANAN SOSIAL
Idea keusahawanan sosial telah menuntut sikap akauntabiliti dalam kalangan usahawan. Fasa keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan yang amat bersesuaian dengan keperluan perniagaan dunia masa kini yang berdasarkan aspek 3Ps iaitu People, Planet & Profit (keharmonian antara insan, alam sekitar dan keuntungan). Keusahawanan sosial menuntut penggabungan antara misi sosial yang mempamerkan perniagaan yang berdisiplin, inovasi dan penemuan keputusan yang baru dalam perniagaan. Pendekatan keusahawanan sosial amat bertepatan dengan keperluan masa kini dalam menangani masalah sosial. Hal ini ekoran daripada beberapa institusi sektor sosial masa kini yang cenderung kepada pengurusan yang tidak cekap, tidak berkesan dan tidak bertanggungjawab.
Ramai yang beranggapan bahawa keusahawanan sosial merupakan sesuatu yang baru namun pada hakikatnya fenomena keusahawanan sosial telah bermula sejak beberapa dekad dahulu lagi. Dalam menguruskan perniagaan kadangkala kita bertindak sebagai seorang yang menjalankan aktiviti keusahawanan sosial, biarpun kita tidak mengatakan sedemikian. Menurut Dees (2001), keusahawanan sosial menggabungkan semangat misi sosial dengan imej perniagaan seperti disiplin, inovasi dan penentuan.
Dalam erti kata lain, keusahawanan sosial menggunakan pendekatan keusahawanan untuk membongkar masalah sosial dan menanganinya dengan cara yang mendatangkan kemenangan kepada kedua-dua pihak.Terma-terma usahawan sosial dan keusahawanan sosial telah digunakan terlebih dahulu dalam kesusasteraan pada perubahan sosial dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Istilah ini mula digunakan secara meluas dalam tahun 1980-an dan 1990-an yang dipromosikan oleh Rang Undang-undang Drayton: Pembaharuan untuk Masyarakat, dan lain-lain seperti Charles Leadbeater pada tahun 1950-an dan pada tahun 1990-an oleh Michael Young. Pada tahun 1980-an, Profesor Daniel Bell di Harvard yang dikenali sebagai usahawan yang paling berjaya di dunia sosial, telah mewujudkan lebih daripada enam puluh pertubuhan-pertubuhan baru di seluruh dunia termasuk siri Sekolah Untuk Usahawan Sosial di UK. Seorang lagi usahawan sosial British iaitu Sir Mawson OBE telahdiberi gelaran bangsawan pada tahun 2007 kerana kerja-kerjanya dalam penjanaan semula para perintis. Ini termasuk penciptaan Bromley yang terkenal dengan Pusat Bow di East London.
Beliau telah mencatatkan pengalaman ini dalam bukunya "Usahawan Sosial: Membuat Komuniti Kerja" dan pada masa ini juga beliau menjalankan perkongsian dengan Mawson untuk membantu menggalakkan pertumbuhan semula kerja tersebut.
Hakikatnya keusahawanan sosial sudah dikenali ratusan terdahulu dimana ia dimulakan oleh Florence Nightingale (pengasas sekolah jururawat pertama) dan Robert Owen (pengasas koperasi). Kemudian ia berkembang sejak tahun 1980-an yang giat dipromosikan oleh tokoh-tokoh seperti Rosabeth Moss Kanter, Bill Drayton dan Dr Muhammad Yunus, pengasas Grameen Bank di Bangladesh yang memenangi Nobel Keamanan tahun 2006.
MOTIVASI MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
Status
Setiap manusia memerlukan status dan penghormatan diri. Seseorang yang menjaga status dirinya akan berusaha untuk memartabatkan dirinya di tahap yang lebih selesa dan tinggi. Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkat status kehidupan mereka. Sebagai contoh, di dalam Teori Maslow, status atau penghormatan diri merupakan elemen keempat iaitu ia merupakan keperluan untuk dihormati oleh orang lain, pengiktirafan kepada pencapaian dan prestij.
Keselesaan Peribadi/Kebebasan
Dengan menjadi seorang usahawan, kita tidak lagi terikat dengan jaminan yang diberikan oleh orang lain, tetapi kita mempunyai kebebasan untuk mengurus ekonomi kita sendiri (Trump,2007). Tambahan lagi, seorang usahawan tidak akan melihat masalah-masalah yang dinyatakan tadi, tetapi akan mencari peluang di sebaliknya. Dengan itu, kita tidak akan terbeban dan menjadi mangsa kepada masalah. Sebaliknya, kita mampu berdiri sendiri dan menjadi sebahagian daripada jalan penyelesaian.
Kepuasan Diri
Minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan akan mendorong seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan, ramai individu menyertai bidang ini untuk mendapat kepuasan diri kerana individu akan berpuas hati terhadap kejayaan di atas kebolehan dan kesungguhan dalam menguruskan perniagaannya. Oleh yang demikian, usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow, kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan. Kejayaan yang diidamkan akan tercapai setelah keseluruhan potensi yang ada mampu digemblengkan sepenuhnya melalui kekuatan berimaginatif, kreatif dan berinovatif.
Mengenal Orang Lain
Mengenal Orang Lain
Sebagaimana yang kita ketahui,menceburi bidang keusahawanan dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah mula menceburi bidang ini, maka mereka akan mula mencari informasi dan pelbagai pengetahuan tentang keusahawanan melalui orang lain. Kebiasaannya, laman sosial seperti Facebook atau Website akan digunakan sebagai suatu medium utama untuk mengembangkan perniagaan mereka di peringkat permulaan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat dan bertukar tukar maklumat dengan peniaga baru yang lain. Selain itu, mereka dapat mempelajari teknik teknik keusahawanan yang berjaya melalui rangkaian kenalan yang mereka ketahui. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Keperluan Akan Pencapaian
Keperluan Akan Pencapaian
Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan. Usahawan yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan tembok yang cuba menghalangnya daripada mencapai kejayaan. Usahawan akan berusaha untuk mencapai matlamat bagi kepuasan dalamanya. Selain itu usahawan boleh melihat dengan sendiri di manakah tahap prestasi yang telah berjaya dicapai dan bebas menentukan tahap usaha serta kelajuan untuk mencapai misi, matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan.
Kuasa
Kuasa
Usahawan memerlukan kuasa bagi menggerakkan segala sumber ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama mereka lebih suka mengelak diri mereka daripada dipengaruhi oleh orang lain. Sungguhpun begitu mereka perlukan nasihat, pandangan dan buah fikiran daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang yang ingin diceburi. Penyertaan dalam bidang keusahawanan dapat membebaskan individu daripada dibelenggu oleh kuasa-kuasa yang boleh menyekat kepada pertumbuhan idea yang kreatif. Teori Hirarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.
PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN
Berikut antara 6 persediaan yang boleh anda lakukan untuk mencari ilmu, pengalaman serta kemahiran sebelum memulakan perniagaan anda:
1. Bekerja dengan Usahawan Lain
Matlamat sebenar untuk bekerja dengan syarikat atau perniagaan orang lain adalah untuk menimba ilmu dan bukan semata-mata hanya mahukan gaji bulanan yang dijanjikan oleh majikan. Bekerja kerana ingin belajar, bukan kerana wang.Ilmu yang diperolehi lebih mudah diterima kerana anda melakukan pelbagai tugasan dari awal sehingga akhir proses kerja anda. Pengalaman ini mampu menjadikan perniagaan anda berjalan dengan lebih sistematik lagi pada masa depan.2. Mulakan Perniagaan Secara Kecil-kecilan
Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashflow Quadrant ada menyebut bahawa langkah pertama kita dimulakan sejak masih bayi lagi (baby step). Kita belajar berusaha untuk berjalan bukanlah pada langkah pertama kita, sebaliknya dari bayi tatkala kaki kita masih menerawang kesana-kemari.Bak kata Jutawan Senyap, Chef Li, “Biar Kecil Asalkan Berhasil”, jadi, mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan dahulu, kemudian baru besarkannya.
3. Uji Ketahanan Mental dan Fizikal
Bagi pekerja yang masih bekerja dan menjalankan perniagaan secara sambilan, anda boleh menguji daya tahan diri anda (mental & fizikal) dalam bidang perniagaan dengan mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan aktiviti perniagaan tersebut untuk satu tempoh tertentu.Daya tahan setiap orang berbeza. Ada yang takut untuk menjadi usahawan sepenuh masa kerana tiada jaminan kewangan seperti semasa menjadi pekerja sebelumnya. Tidak semua mahu keluar dari comfort zone masing-masing.4. Bina Rankaian Sendiri
Jika pekerjaan yang anda ceburi sama dengan bidang perniagaan anda, cuba dapatkan sebanyak mungkin jaringan persahabatan dengan pelbagai peringkat orang.Ini termasuk para usahawan dan pembekal-pembekal yang terlibat. Jangan ketinggalan untuk merapatkan diri dengan wakil-wakil perbankan kerana anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti.Walaupun begitu, jangan memburukkan imej syarikat yang anda bernaung sekarang. Tonjolkan imej yang baik sebagai pekerja. Imej adalah segala-galanya dalam perniagaan dan jaringan persahabatan.5. Kumpul Modal yang Mencukupi
Sebelum anda berhenti kerja, sila pastikan terlebih dahulu bahawa wang modal untuk perniagaan anda mencukupi untuk tempoh 6 hingga ke 12 bulan yang pertama.Kesemua modal ini termasuklah wang modal pusingan, wang gaji pekerja, bil-bil utiliti serta beberapa bahagian untuk waktu kecemasan. Persiapan yang rapi mampu membantu anda pada masa depan6. Jangan Curi Tulang
Dalam apa jua urusan pekerjaan, amanah dan ikhlas adalah tunjang utama keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. Aktiviti mencuri tulang bukan sahaja tidak baik, ia juga mencerminkan sikap anda terhadap perniagaan anda nanti.Sikap yang baik dan disiplin yang mentap merupakan tunjang kepada kejayaan sesebuah bisnes. Bayangkanlah jika satu hari nanti pekerja anda yang akan lakukan ini kepada perniagaan anda, sudah tentu ia menyakitkan hati anda.Setelah ilmu anda penuh di dada dan anda mulai yakin bahawa anda telah mempunyai kemahiran serta pengalaman mencukupi untuk memulakan sebuah perniagaan, mulakannya tanpa ragu-ragu dan pastikan semua perancangan anda jelas serta berada di landasan yang betul. Ketahuilah bahawa anda telah bersedia untuk menjadi usahawan yang berjaya!
Saturday, 27 September 2014
PENGASAS SECURIFORCE : Datuk Dr. Maznah Hamid
Datuk Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi ceramah dan motivasi kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, penjawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri. Sehingga kini, beliu masih terus aktif dalam memberi ceramah dan motivasi kepada masyarakat.
Beliau telah bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak dikenali lamgsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan yang mempunyai 6,000 kakitangan dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.
Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada 'static guard' sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high-tech cargo management, perkhidmatan 'armoured trucking' dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total mempelopori konsep 'total security'.
Hasil daripada kegigihan beliau dan kumpulannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri mewah, 'penthouse' yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan.
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik, beliau telah melebarkan sayap ke Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Prinsip kejayaan beliau ialah "Modal Perniagaan yang Sebenarnya adalah DIRI SENDIRI."
Beliau juga merupakn seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang pelbagai jawatan. Antaranay beliau telah dilantik menjadi:
- Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
- Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
- Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
- Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia - (UUM)
- Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
- Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
- Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
- Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
- Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
- Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
- Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
- Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
- Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
- Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
- Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
- Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
- Presiden Kehormat USAHAWATI
- Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
- Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
- Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd
Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
- Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
- Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
- Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
- Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
- Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
- Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
- Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
- Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
- Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
- Anugerah Ibu Usahawan 2008 – AVON
- Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
- Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
- Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
- Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
- Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
- Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
- Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.
Subscribe to:
Posts (Atom)