Saturday, 27 September 2014

PENGASAS SECURIFORCE : Datuk Dr. Maznah Hamid



Datuk Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi ceramah dan motivasi kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, penjawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri. Sehingga kini, beliu masih terus aktif dalam memberi ceramah dan motivasi kepada masyarakat. 


Beliau telah bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak dikenali lamgsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan yang mempunyai 6,000 kakitangan dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan van
 kalis peluru. 


Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada 'static guard' sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high-tech cargo management, perkhidmatan 'armoured trucking' dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total mempelopori konsep 'total security'. 


Hasil daripada kegigihan beliau dan kumpulannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri mewah, 'penthouse' yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan. 
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik, beliau telah melebarkan sayap ke Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Prinsip kejayaan beliau ialah "Modal Perniagaan yang Sebenarnya adalah DIRI SENDIRI."


Beliau juga merupakn seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang pelbagai jawatan. Antaranay beliau telah dilantik menjadi:
  • Vice President  of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
  • Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia - (UUM)
  • Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
  • Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
  • Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  • Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
  • Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
  • Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
  • Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
  • Presiden Kehormat USAHAWATI
  • Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
  • Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
  • Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd 

Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
  • Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
  • Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
  • Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
  • Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
  • Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
  • Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
  • Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
  • Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
  • Anugerah Ibu Usahawan 2008 –  AVON
  • Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
  • Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
  • Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
  • Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
  • Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
  • Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
  • Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya

Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.

No comments:

Post a Comment