Status
Setiap manusia memerlukan status dan penghormatan diri. Seseorang yang menjaga status dirinya akan berusaha untuk memartabatkan dirinya di tahap yang lebih selesa dan tinggi. Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkat status kehidupan mereka. Sebagai contoh, di dalam Teori Maslow, status atau penghormatan diri merupakan elemen keempat iaitu ia merupakan keperluan untuk dihormati oleh orang lain, pengiktirafan kepada pencapaian dan prestij.
Keselesaan Peribadi/Kebebasan
Dengan menjadi seorang usahawan, kita tidak lagi terikat dengan jaminan yang diberikan oleh orang lain, tetapi kita mempunyai kebebasan untuk mengurus ekonomi kita sendiri (Trump,2007). Tambahan lagi, seorang usahawan tidak akan melihat masalah-masalah yang dinyatakan tadi, tetapi akan mencari peluang di sebaliknya. Dengan itu, kita tidak akan terbeban dan menjadi mangsa kepada masalah. Sebaliknya, kita mampu berdiri sendiri dan menjadi sebahagian daripada jalan penyelesaian.
Kepuasan Diri
Minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan akan mendorong seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan, ramai individu menyertai bidang ini untuk mendapat kepuasan diri kerana individu akan berpuas hati terhadap kejayaan di atas kebolehan dan kesungguhan dalam menguruskan perniagaannya. Oleh yang demikian, usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow, kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan. Kejayaan yang diidamkan akan tercapai setelah keseluruhan potensi yang ada mampu digemblengkan sepenuhnya melalui kekuatan berimaginatif, kreatif dan berinovatif.
Mengenal Orang Lain
Mengenal Orang Lain
Sebagaimana yang kita ketahui,menceburi bidang keusahawanan dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah mula menceburi bidang ini, maka mereka akan mula mencari informasi dan pelbagai pengetahuan tentang keusahawanan melalui orang lain. Kebiasaannya, laman sosial seperti Facebook atau Website akan digunakan sebagai suatu medium utama untuk mengembangkan perniagaan mereka di peringkat permulaan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat dan bertukar tukar maklumat dengan peniaga baru yang lain. Selain itu, mereka dapat mempelajari teknik teknik keusahawanan yang berjaya melalui rangkaian kenalan yang mereka ketahui. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Keperluan Akan Pencapaian
Keperluan Akan Pencapaian
Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan. Usahawan yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan tembok yang cuba menghalangnya daripada mencapai kejayaan. Usahawan akan berusaha untuk mencapai matlamat bagi kepuasan dalamanya. Selain itu usahawan boleh melihat dengan sendiri di manakah tahap prestasi yang telah berjaya dicapai dan bebas menentukan tahap usaha serta kelajuan untuk mencapai misi, matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan.
Kuasa
Kuasa
Usahawan memerlukan kuasa bagi menggerakkan segala sumber ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama mereka lebih suka mengelak diri mereka daripada dipengaruhi oleh orang lain. Sungguhpun begitu mereka perlukan nasihat, pandangan dan buah fikiran daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang yang ingin diceburi. Penyertaan dalam bidang keusahawanan dapat membebaskan individu daripada dibelenggu oleh kuasa-kuasa yang boleh menyekat kepada pertumbuhan idea yang kreatif. Teori Hirarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.
No comments:
Post a Comment