Saturday, 20 September 2014

PERKEMBANGAN BIDANG KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Bidang keusahawanan telah mengalami evolusi dan perkembangan yang ketara di Malaysia jika dibandingkan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada masa dahulu yang menggunakan "sistem barter" yang pada mulanya menggunakan logam sebagai matawang dan seterusnya ditukarkan kepada matawang yang ada pada masa kini.

Pihak kerajaan membuat penekanan terhadap usaha untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat. Maka,wujudlah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dilaksanakan hasil daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN). MPPB dilaksanakan bagi tujuan melahirkan masyarakat bumiputera yang mempunyai jati diri, daya tahan, dan mampu bersaing dengan bangsa lain dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Kerajaan juga telah mewujudkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal selia perkembangan bidang keusahawanan. Selain itu, kerajaan juga mewujudkan Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi memantapkan perjalanan bidang keusahawanan. Di samping itu, kerajaan juga telah membina infrastruktur penyokong iaitu sistem pengangkutan yang sempurna seperti Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).


Pihak swasta dan korporat tidak kurang juga peranannya dalam membantu perkembangan bidang keusahawanan dengan menyediakan pinajaman dan pembiayaan kepada para usahawan melalui syarikat kewangan, menyediakan aktiviti pendidikan dan latihan kepada usahawan . Pihak korporat juga telah melibatkan diri dalam program -progra pembangunan usahawan seperti vendor,mentor dan prosper bagi memastikan keusahawanan terus berkembang.

Institusi pengajian tinggi juga turut membantu dalam perkembangan dari segi menyediakan pelajar-pelajar pengajian tinggi dengan budaya keusahawanan, memupuk minat dan mendorong pelajar-pelajar ke arah bidang keusahawanan. 

Masyarakat juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada usahawan tempatan dengan membeli barangan tempatan dan menggalakkan penglibatan dalam aktiviti keusahawanan. Selain masyarakat, media massa juga mempunyai peranan yang penting dalam bidang keusahawanan dengan menyampaikan maklumat terkini tentang perniagaan dan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat. Media massa juga bertindak sebagai alat promosi dan galakan usahawan bagi memperkenalkan sesuaru barangan atau produk.

No comments:

Post a Comment