Tuesday, 16 September 2014

PERANAN KEUSAHAWANAN




"Allah tidak akan menolong sesuatu kaum
 melainkan kaum itu sendiri menolong dirinya"


Berdasarkan makna hadis di atas menunjukkan tanpa usaha, sesuatu yang kita impikan tidak akan menjadi realiti. Pembangunan negara, khususnya pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang sentiasa mencari peluang-peluang ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang berupaya menggembleng faktor-faktor pengeluaran. Manusia itu sendiri adalah usahawan. Oleh itu, diri kita sendiri juga adalah usahawan.

Secara jelas, keusahawanan boleh menyumbang kepada pembangunan.Implikasi pembangunan ialah kehidupan yang selesa. Rezeki yang mencukupi dan melebihi, menyumbang ke arah kehidupan dan kemakmuran bersama. Keusahawanan juga meningkatkan kualiti kehidupan dengan penemuan demi penemuan dan mempelbagaikan pilihan pengguna. Keusahawanan membanyakkan peluang mata pencarian dan menyumbang ke arah produktiviti kebangsaan. Keusahawanan membantu ke arah pengagihan pendapatan yang lebih adil seterusnya membawa kebaikan sosial melalui pengembalian sejumlah pendapatan kepada negara dalam bentuk pengembalian wajib seperti cukai dan zakat, mahu pun yang sukarela. Bukankah Islam sendiri menyatakan " 9/10 REZEKI ITU DATANGNYA DARI PERNIAGAAN."
Secara ringkas bolehlah dikatakan keusahawanan itu berperanan :-

1. Menyumbangkan Idea Dan Pembaharuan
Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas.Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.

2. Merancang
Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul.

3. Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko
Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan dan perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga bila timbulnya, adalah tanggungan usahawan.

4. Menawarkan Peluang Pekerjaan
Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun.

5. Menyediakan Pilihan Dan Penawaran Serta Memenuhi Kehendak Pengguna
Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dari masa ke semasa akan mempertingkatkan produktiviti. Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan dan penawaran yang lebih banyak dan lebih baik kepada pengguna.. Pengguna mempunyai citarasa yang pelbagai dan adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk memenuhi kehendak dan keperluan tersebut.

6. Menyumbangkan Kebajikan Dan Kepimpinan
Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbangkan ke arah peningkatan kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan semata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial. 



SUMBANGAN ATAU MANFAAT KEUSAHAWANAN

1.0 Individu Usahawan
Bidang keusahawanan boleh memberi sumbangan rezeki yang mencukupi dan secara tidak langsung
memberi status dan imej yang tinggi serta masa depan yang cerah.
Usahawan juga memberi sumbangan idea dan pembaharuan kepada perniagaannya sama ada dari segi perancangan produk atau perkhidmatan,pasaran sasaran, mahupun tanggungjawab dalam pengurusan perniagaan bagi memastikan firma terus beroperasi.

2.0 Masyarakat
Usahawan meningkatakan kualiti kehidupan masyarakat melalui pelbagai penemuan baru bagi sesuatu roduk atau perkhidmatan. Kepelbagaian produk dapat meluaskan dan memenuhi cita rasa pengguna yang bervariasi. 
Selain itu, keusahawanan juga turut menyediakn peluang pekerjaan sekaligus meningkatkan pendapatan .Usahawaan juga mampu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan menyumbang dari segi kebajikan . Tidak dapat dinafikan juga bahawa bidang keusahawanan ini mampu melahirkan pemimpin yang berkualiti dan mempunyai kepakaran yang tinggi.

3.0 Negara
Negara juga menerima sumbangan yang besar dari usahawan melalui usaha-usaha pembangunan sosioekonomi negara berdasarkan penglibatan, manfaat dan implikasi penglibatan usahawan. Usahawan juga membantu negara dalam mengagihkan pendapatan yang saksama antara semua penduduk dan seterusnya dapat mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.Selain itu, neagara juga mendapat faedah daripadda sumbangan usahawan dari segi sosial. ( Cukai pendapatan.derma,zakat)
 

No comments:

Post a Comment